Urusan Driver,
Dipermudahkan
Kami gabungkan servis yang berkaitan supaya anda tak perlu buka terlalu banyak page.
Belum ada PSV?
Lesen PSV-D yang sah diperlukan untuk memandu e-hailing. Panduan rasmi Bolt menyatakan pemohon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun, mempunyai CDL yang sah sekurang-kurangnya 1 tahun, menjalani pemeriksaan perubatan, menghadiri kursus PSV 6 jam dan melengkapkan proses JPJ semasa.
PUSPAKOM, insurans, EVP & tukar kereta —
satu tempat
Semua keperluan kenderaan kami satukan kerana prosesnya saling berkaitan.
PUSPAKOM
Sijil pemeriksaan diperlukan untuk kenderaan berusia 3 tahun atau lebih. Ia mengesahkan pematuhan keselamatan dan alam sekitar.
Insurans E-Hailing
Perlindungan insurans e-hailing adalah wajib untuk semua pemandu yang menjalankan aktiviti e-hailing di Malaysia.
EVP & Tukar Kereta
Satu kereta sahaja boleh aktif pada satu masa. Permohonan kereta baharu memerlukan road tax, VOC/geran, insurans e-hailing dan PUSPAKOM jika berkenaan. Semakan biasanya 5–7 hari bekerja.
Kereta sewa & sticker Bolt
Untuk driver yang belum ada kenderaan atau mahu mohon program sticker.