PRIVASI

Privasi & Polisi

Cara registerbolt.com mengendalikan maklumat yang dihantar melalui website ini serta aliran pendaftaran atau bantuan.

Privasi dan Polisi BoltDriver.my
Dikemas kini: Ogos 2026

1. Siapa kami

Polisi ini terpakai kepada registerbolt.com, sebuah website bantuan driver dan partner centre yang digunakan untuk panduan pendaftaran, maklumat driver dan saluran bantuan di Malaysia.

Website ini berasingan daripada aplikasi Bolt dan perkhidmatan korporat Bolt. Apabila anda menggunakan produk Bolt atau perkhidmatan luar, polisi privasi mereka sendiri juga mungkin terpakai.

2. Maklumat yang kami kumpul

Apabila anda menghantar borang pendaftaran, kami mungkin mengumpul nama penuh, nombor telefon Malaysia, alamat e-mel, bandar/negeri, status PSV dan sama ada anda mempunyai kereta sendiri.

Website juga mungkin merekod maklumat atribusi seperti sumber trafik, kempen, referral dan pengecam sesi LIVE, bersama maklumat teknikal biasa yang dijana oleh WordPress, alat analitik atau keselamatan.

3. Cara maklumat digunakan

✓ Untuk menyemak dan memberi respons kepada pertanyaan pendaftaran driver.
✓ Untuk memberikan bantuan dokumen, akaun, kenderaan dan servis.
✓ Untuk mengukur sumber trafik, kempen dan prestasi operasi.
✓ Untuk melindungi website daripada spam, penyalahgunaan dan insiden keselamatan.

4. Perkongsian dan perkhidmatan luar

Maklumat mungkin dikendalikan oleh pentadbir yang dibenarkan dan penyedia perkhidmatan berkaitan apabila diperlukan untuk melengkapkan proses bantuan atau pendaftaran yang anda minta, mengendalikan website, mematuhi undang-undang atau melindungi kepentingan yang sah.

Pautan ke WhatsApp, Google Forms, Orderla, Google Business dan platform sosial membawa ke perkhidmatan pihak ketiga yang mempunyai amalan privasi masing-masing.

5. Kuki dan penjejakan

registerbolt.com mungkin menggunakan kuki atau storan serupa untuk atribusi trafik, aliran pendaftaran, bahasa, analitik, keselamatan dan fungsi conversion jangka pendek. Tetapan pelayar boleh digunakan untuk mengawal kuki, tetapi sesetengah fungsi mungkin tidak beroperasi dengan betul jika disekat.

6. Penyimpanan dan keselamatan

Maklumat disimpan hanya selama yang munasabah diperlukan untuk pendaftaran, bantuan, rekod, keselamatan serta keperluan undang-undang atau operasi. Langkah perlindungan teknikal dan organisasi yang munasabah digunakan, namun tiada penghantaran melalui internet boleh dijamin selamat sepenuhnya.

7. Hubungi kami

Bolt Scouts Partner Centre
2, K/16K, B-17,Jln Serai Wangi M 16/M,
Alam Avenue, 40200 Shah Alam,
Selangor.

Scroll to Top