Dokumen Pemandu
Sediakan dokumen utama driver dan kenderaan lebih awal supaya proses pendaftaran dan semakan lebih lancar.
Dokumen driver
Dokumen kenderaan
Macam mana gambar dokumen
patut dihantar
Untuk MyKad, CDL, road tax, VOC dan PUSPAKOM, halaman ini menggunakan contoh visual yang diterbitkan dalam panduan pemandu Bolt Malaysia. Nama, nombor dan tarikh pada gambar hanyalah contoh. PSV, gambar profil dan insurans kini menggunakan panduan upload khas BoltDriver.my yang dioptimumkan untuk halaman dokumen ini.
MyKad / NRIC
✓ Betul: Ambil satu gambar kad penuh. Pastikan ruang nama/foto dan semua tepi kad jelas kelihatan.
× Elak: Elakkan penjuru terpotong, gambar kabur, jari menutup maklumat atau silau kuat.
Lesen Memandu (CDL)
✓ Betul: Jenis lesen, maklumat pemegang dan tempoh sah perlu boleh dibaca dengan jelas.
× Elak: Jangan hantar lesen tamat tempoh, screenshot terlalu kecil atau gambar yang terlalu compress.
Lesen PSV-D
✓ Betul: Pastikan kelayakan PSV dan tarikh sah boleh dilihat pada gambar atau rekod yang dihantar.
× Elak: Elakkan screenshot yang memotong status PSV atau tarikh sah.
Gambar Profil
✓ Betul: Pandang kamera, gunakan pencahayaan yang baik dan pastikan keseluruhan muka jelas.
× Elak: Elakkan cermin mata gelap, gambar gelap, filter, gambar berkumpulan atau muka terlalu jauh.
Geran / VOC Kenderaan
✓ Betul: Hantar halaman berkaitan secara penuh supaya butiran pendaftaran kenderaan boleh dibaca tanpa perlu zoom berlebihan.
× Elak: Elakkan gambar terlalu jauh, dokumen berlipat atau maklumat kenderaan terpotong.
Road Tax / Tarikh Sah
✓ Betul: Gunakan rekod/paparan road tax semasa yang diminta dalam flow pendaftaran, dengan butiran kenderaan dan tarikh sah jelas.
× Elak: Jangan guna rekod lama yang tamat tempoh atau potong nombor pendaftaran / tarikh sah.
Insurans E-Hailing
✓ Betul: Halaman polisi/endorsement perlu jelas menunjukkan kenderaan berkaitan dan tempoh perlindungan yang aktif.
× Elak: Elakkan hantar resit bayaran sahaja jika butiran perlindungan tidak boleh disahkan daripadanya.
Sijil PUSPAKOM
✓ Betul: Hantar sijil/laporan berkaitan secara lengkap dengan maklumat kenderaan serta keputusan/tarikh sah yang boleh dibaca.
× Elak: Elakkan bahagian keputusan terpotong, nombor/butiran kabur atau sijil yang tidak lagi sah.
Pendaftaran, servis dan panduan ringkas untuk pemandu Bolt di Malaysia.